SEREMBAN – Keputusan Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik surat yang dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja disifatkan sebagai perkembangan positif dan langkah penting ke arah meredakan kemelut membabitkan institusi diraja serta perlembagaan negeri itu.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Mujibu Abd Muis berkata, keputusan berkenaan memperlihatkan perubahan pendirian politik yang signifikan, selain pengiktirafan terhadap keperluan menghormati kedudukan dan tertib pemerintahan beraja.

Menurutnya, langkah itu juga boleh dilihat sebagai usaha political de-escalation atau meredakan ketegangan konflik politik dan institusi yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.