khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kebiasaannya, individu atau pasangan yang belum membeli rumah dan mempunyai tanah, berbelah bahagi sama ada untuk membuat rumah di atas tanah sendiri atau membeli rumah 'siap' daripada pemaju.

Pelbagai perkara diambil kira membabitkan kebaikan dan keburukan sebelum sesuatu keputusan akhir itu dibuat.

Secara prinsipnya, membina rumah di atas tanah milik sendiri memberi kelebihan ekonomi khususnya kepada individu yang tanahnya sudah dimiliki dan tidak lagi perlu menanggung kos membeli aset berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak semestinya lebih murah daripada membeli rumah siap kerana kos pembinaan bukan hanya membabitkan struktur bangunan, tetapi turut merangkumi kos profesional, kelulusan, kerja tanah, utiliti, infrastruktur, bahan binaan dan kos pembiayaan.