puterialia@hmetro.com.my

Meskipun sering memegang watak pembantu atau 'sidekick', pelakon, Azhan Rani sentiasa menerima dengan hati terbuka apabila ditawarkan sesebuah watak kerana percaya kepada rezeki.

Azhan, 50, berkata, dia sudah terbiasa dengan situasi sedemikian sejak awal pembabitannya dalam industri seni dan tidak pernah meletakkan harapan untuk sentiasa berada di barisan hadapan atau sebagai hero.

"Saya tak ada masalah (dapat watak pembantu). Saya pun terima sahaja sebab kita tak mungkin sentiasa berada di depan kan?

"Satunya faktor umur. Satu mungkin juga faktor populariti pun ya juga kan? Sebab saya sudah dibiasakan seperti ini dari dulu lagi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.