KEMAMAN – Polis menahan 10 individu termasuk sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM340,607 menerusi enam serbuan di daerah ini dalam tempoh kurang tiga minggu sejak hujung Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, operasi membanteras pengedar dan penagih dadah itu turut menyita beberapa buah kenderaan dengan nilai keseluruhan RM82,000.

Katanya, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 51 tahun itu diberkas di Kampung Jaya, Chukai, Kampung Meraga Beris, Kijal, Kampung Bukit Kuang, Chukai, di tepi jalan sempadan Kemaman-Kuantan, Chukai dan di Jalan Pantai Taping, Kemasik.

“Serbuan terbaharu pada 14 November lalu di sebuah rumah di Kampung Gong Limau, Chukai turut menahan dua lelaki berusia 25 tahun dengan rampasan dadah jenis ekstasi, pil yaba, erimin 5 dan epam serta bungkusan disyaki mengandungi air ketum dengan nilai keseluruhan RM7,614.