suharmin.yusuf@hmetro.com.my
SELEPAS bertahun-tahun membina kerjaya dalam bola sepak sehingga beraksi secara profesional, Muhammad Farez Aiman Marzuki, 27, tidak pernah menyangka perjalanan hidupnya akhirnya membawa beliau ke dunia pertanian.
Lebih menarik, keputusan meninggalkan dunia bola sepak bukan kerana hilang minat terhadap sukan itu, sebaliknya keadaan yang dilalui ketika bersama pasukan terakhir menjadi titik perubahan dalam hidupnya.
Usahawan tani yang berasal dari Kedah itu berkata, beliau mula menceburi bidang pertanian pada 2023 selepas berdepan masalah ketika masih bergelar pemain bola sepak profesional.
"Memang sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang pertanian kerana fokus utama saya ketika itu adalah dalam bidang sukan, khususnya bola sepak.






