LOS ANGELES: Penyanyi Britain, Raye mencipta kejutan apabila mendahului senarai pencalonan Anugerah Grammy tahun ini dengan 11 nominasi menerusi kejayaan lagu Where Is My Husband!.
Pencapaian itu meletakkan Raye di hadapan penyanyi Sepanyol, Rosalía yang meraih sembilan pencalonan, manakala penyanyi muzik country, Ella Langley memperoleh tujuh nominasi.
Raye menerima pencalonan dalam kategori utama termasuk Lagu Terbaik Tahunan dan Rakaman Terbaik Tahunan menerusi lagu Where Is My Husband!, selain Album Terbaik Tahunan bagi karya terbaharunya, This Music May Contain Hope.
Jumlah itu menyaksikan Raye menyamai rekod Beyoncé yang turut mengumpul 11 pencalonan dalam satu edisi Grammy pada 2025, sekali gus meletakkan kedua-duanya sebagai artis wanita dengan jumlah pencalonan tertinggi dalam satu tahun.










