Hantaran di media sosial mendakwa De Norsemen Kclub International kini bertapak di Malaysia. (Gambar Thread)KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Sukri Kaman, berkata siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.
"Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.
"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.








