SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih dua pengiktirafan dalam Pertandingan Roket TEKNOFEST 2026 di Aksaray, Turkiye, apabila pasukan CYGNUS-1 mendapat tempat ketiga, manakala PUTRA-2 memenangi Anugerah Reka Bentuk Roket Asli Terbaik.

Kedua-dua pasukan UPM itu disertai seramai 25 anggota dari Putra Space Club UPM (PSCUPM).

Penasihat program, Dr Ezanee Gires, berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan pelajar menggabungkan pengetahuan teori dengan proses reka bentuk, fabrikasi, integrasi dan pengujian sebenar.

Katanya, pengalaman berkenaan turut membentuk disiplin kejuruteraan, daya tahan serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam persekitaran sebenar.