Selaku pengerusi eksekutif sejak 2014 Nelson Fernandez memacu pertumbuhan FMT sehingga menjadi platform berita digital utama di Malaysia merangkumi pelbagai topik politik, perniagaan dan gaya hidup.KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn Bhd, Nelson Fernandez, menerima Anugerah Global Captains of Industry pada Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pemimpin Perniagaan Antarabangsa 2026.

Anugerah yang disampaikan pada majlis perasmian forum di Hotel Berjaya Times Square, di sini, antara pengiktirafan daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific bagi menghargai sumbangan pemimpin perniagaan terhadap ekonomi Malaysia dan global.

Acara itu anjuran bersama KSI, World Business Chamber, Asean Business Club, AI & Design Thinking Lab @ KSI serta Economic Club of Kuala Lumpur.