Seorang guru di Batu Pahat rugi RM748,326.50 selepas ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman menjalankan “siasatan BNM”
BATU PAHAT: Seorang guru sekolah menengah di daerah ini kerugian RM748,326.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai “pegawai polis Bukit Aman”.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata wanita berusia 54 tahun itu menerima panggilan pada akhir Ogos lepas daripada individu yang tidak dikenali yang mengaku dari sebuah hospital di Rawang, Selangor.
Beliau berkata menerusi perbualan telefon itu, mangsa dimaklumkan ada pihak ketiga yang menggunakan namanya untuk tuntutan insuran sebelum talian disambungkan ke pegawai polis terbabit.








