BATU PAHAT: Seorang guru wanita berusia 54 tahun kerugian RM748,326 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai kakitangan hospital dan pegawai polis, Ogos lalu.

Mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mengaku petugas hospital swasta di Rawang, Selangor.

Suspek mendakwa kononnya terdapat pihak lain menggunakan nama mangsa untuk membuat tuntutan insurans.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.