Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook perlu kekal berkhidmat sebagai menteri pengangkutan sehingga tamat penggal kerajaan kerana dasar-dasarnya telah memberi manfaat kepada rakyat.SHAH ALAM: Seorang pemimpin Amanah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan dan menggugurkan Ahmad Maslan daripada Umno sebagai timbalan menteri kerja raya.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata Loke perlu terus berkhidmat sehingga tamat penggal kerajaan kerana dasar-dasarnya telah memberi manfaat kepada rakyat, selain Ahli Parlimen Seremban itu berjaya memastikan perbelanjaan kementeriannya tidak melebihi peruntukan yang diluluskan.