KUALA LUMPUR: Usaha Belanjawan 2027 untuk menyokong kuasa beli isi rumah sambil mengekalkan disiplin fiskal bergantung pada keupayaan kerajaan untuk memperkukuh kutipan hasil, mengurus peningkatan kos subsidi dan mengekalkan perbelanjaan pembangunan, menurut pakar industri.
Rakan Kongsi Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd, Wong Chow Yang, berkata peningkatan penggunaan pendigitalan oleh kerajaan khususnya melalui pelaksanaan e-invois, berpotensi meningkatkan akses kepada data ekonomi masa nyata, memperkukuh pentadbiran hasil dan membantu menangani ketirisan cukai.
"Ketersediaan data yang lebih menyeluruh juga membolehkan kerajaan menilai aktiviti ekonomi dan merangka dasar," katanya dalam sesi perbincangan panel bertajuk 'Intipati Pasca Belanjawan dan Perspektif Industri' di sini, hari ini.






