Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin berkata tender bagi 989 ambulans ditutup pada 11 Mei lalu namun sehingga kini tiada perkembangan mengenai penerimaannya. KUALA LUMPUR: Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mempersoalkan kelewatan Kementerian Kesihatan (KKM) memperoleh 989 ambulans yang peruntukannya sudah diluluskan sejak 2025 tetapi belum diselesaikan sehingga kini.
Beliau berkata, kelewatan itu menimbulkan persoalan mengenai kecekapan proses perolehan kementerian lebih-lebih lagi apabila peruntukan bagi pembelian ambulans sudah tersedia.
Katanya, tender asal bagi 925 ambulans dibuka pada 31 Julai 2025 dan ditutup pada 19 Sept tahun sama, sebelum dimaklumkan masih dalam penilaian teknikal pada November 2025.








