Nelson Fernandez berkata, usaha asah bakat, galak kreativiti dan amalan integriti jadi kunci perniagaan depani perubahan, terus berkembang.
Key takeaways
Pengerusi FMT, Fernandez, menekankan pentingnya budaya kerja yang memupuk kreativiti dan pembelajaran berterusan, serta memberi contoh bagaimana beliau memotivasi pekerja dengan membandingkannya kepada 'rock star'.
- Budaya kerja yang menggalakkan kreativiti dan pembelajaran berterusan dianggap penting oleh Fernandez.
- Pekerja sering tidak yakin pada mulanya, tetapi melihat rakan sekerja naik pangkat dapat memotivasi mereka.
- Fernandez menekankan latihan dan pemahaman tugas sebagai kunci pembangunan modal insan.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Pengerusi Eksekutif FMT Media Nelson Fernandez berkata, budaya tempat kerja yang mantap merupakan faktor utama yang membolehkan syarikat tersebut harungi landskap media yang berkembang pesat.KUALA LUMPUR: Pembinaan perniagaan yang berdaya tahan bermula dengan keupayaan mengenal pasti potensi sebenar pekerja, kadangkala sebelum mereka sendiri menyedarinya, kata Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn Bhd Nelson Fernandez.
Beliau berkata, budaya tempat kerja yang memupuk kreativiti, menggalakkan pembelajaran berterusan serta membantu pekerja melihat hala tuju masa depan mereka amat penting untuk mendorong mereka menerima perubahan.
“Saya selalu beritahu mereka, ‘Saya akan jadikan kamu 'rock star',’” katanya pada Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pemimpin Perniagaan Antarabangsa 2026 hari ini.