Adun Gual Ipoh Bahari Nor digugurkan sebagai timbalan exco belia, sukan, NGO dan perpaduan masyarakat pada 11 Nov. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan yang diterajui PAS menggugurkan wakil Bersatu, Bahari Nor sebagai timbalan exco, seminggu selepas rakan separtinya yang juga Adun Ayer Lanas, Kamarudin Nor menerima nasib sama.
Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan berkata, jawatan Bahari sebagai timbalan exco belia, sukan, NGO dan perpaduan masyarakat ditamatkan pada 11 Nov.
Adun PAS Chetok Zuraidin Abdullah akan mengambil alih tugas Adun Gual Ipoh itu, kata Fadzli.
"Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan hari ini membuat keputusan melantik Zuraidin sebagai timbalan exco baharu menggantikan Bahari," katanya, selepas hadiri mesyuarat exco, lapor Utusan Malaysia.









