Menurut Istana Negeri Sembilan, peletakan jawatan MB hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selaras dengan peruntukan UUTKNS. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap Ismail Lasim, yang dilaporkan meletak jawatan sebagai menteri besar, susulan kemelut semasa yang melanda negeri itu.
Bernama melaporkan sesi menghadap itu bermula kira-kira 5 petang dan berakhir pada 6.30 petang, namun butiran lanjut mengenainya belum dapat dipastikan.
Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abd Kadir berkata, Pengerusi BN merangkap Presiden Umno Zahid Hamidi menerima satu salinan surat peletakan jawatan Ismail, yang telah diutuskan kepada Tuanku Muhriz.









