KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menilai potensi pembelian jet pejuang Rafale buatan Perancis ketika kedua-dua negara memperkukuh hubungan pertahanan menerusi lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Rafale antara cadangan dibincangkan dalam pertemuan dua hala beliau dengan Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, Catherine Vautrin, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

"Pertemuan ini membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan kedua-dua negara, termasuk perolehan helikopter CSAR, sistem meriam 105mm, penilaian pesawat pejuang Rafale serta perancangan keperluan kapal selam pada masa hadapan.