S Ananthan pernah menjadi pengerusi MIC Kedah, senator, dan setiausaha politik kepada bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Setiausaha Agung MIC S Ananthan meletakkan jawatan hari ini.
Sumber MIC yang minta tidak dinamakan memberitahu FMT bahawa keputusan Ananthan untuk berundur adalah atas sebab peribadi.
Ananthan dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2024 susulan keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, menggantikan RT Rajasekaran.
Pelantikan diumumkan oleh Presiden SA Vigneswaran, yang menyifatkan perubahan kepimpinan ketika itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi peluang kepada ahli memikul tanggungjawab lebih besar.






