KUALA LUMPUR: Polis menembak mati seorang lelaki di Chow Kit di sini awal pagi tadi, selepas disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 24 kes samun di tepi jalan.
Serbuan dijalankan pada pukul 2 pagi selepas polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi dalam sebuah bilik hotel di Chow Kit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika serbuan, suspek yang bersenjata api telah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis selepas menyedari serbuan berkenaan.
“Suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ketika serbuan dilakukan hingga menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan balas bagi mempertahankan diri.









