KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 24 kes samun tepi jalan maut ditembak polis dalam serbuan di sebuah hotel di Chow Kit di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2 pagi, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Bukit Aman menyerbu bilik hotel berkenaan selepas mengesan lokasi persembunyian suspek.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata ketika serbuan, suspek yang bersenjata api melepaskan tembakan ke arah polis.
"Suspek melepaskan beberapa das tembakan ketika serbuan dilakukan sehingga menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan balas bagi mempertahankan diri.









