Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata dengan tumpasnya suspek itu polis berjaya menyelesaikan 24 kes samun yang menggunakan teksi yang dilaporkan sebelum ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam 24 kes samun menggunakan teksi maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Chow Kit, awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPK Kuala Lumpur bersama Bukit Aman menyerbu bilik hotel berkenaan pada 2 pagi tadi selepas mengesan suspek yang bersembunyi disitu.
Katanya, suspek yang bersenjata api telah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis selepas menyedari serbuan berkenaan, lapor Sinar Harian.








