Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Civic dengan sebuah lori membawa muatan ayam. (Gambar Facebook)IPOH: Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 12.52 tengah malam.

Beliau berkata mangsa Razali Shakri, 45, dan Normalizah Abd Manap, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).