IPOH: Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa ayam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 12.52 tengah malam.
Katanya, mangsa Razali Shakri, 45, dan Normalizah Abd Manap, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
"Seorang lagi wanita menaiki kereta jenis Honda Civic itu mengalami kecederaan manakala pemandu dan kelindan lori jenis Isuzu terbabit tidak cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.









