Mustapha Sakmud berkata kedua-dua negeri mahu suara mereka terus diwakili secara sewajarnya di Parlimen dan diambil kira dalam keputusan dasar utama negara. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Peruntukan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak penting bagi memastikan suara rakyat kedua-dua negeri itu terus didengari, terutama ketika pemikiran ekstrem semakin meningkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud.
Mustapha berkata beliau bimbang fahaman ekstrem yang berterusan boleh menyebabkan pandangan dan kepentingan rakyat Sabah serta Sarawak diketepikan pada masa depan.
Katanya, kedua-dua negeri mahu mempunyai perwakilan sewajarnya di Parlimen supaya pandangan mereka turut diambil kira dalam keputusan dasar utama negara.









