Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan majlis penutup FESTKON 21 UniMAP di Pauh Putra. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis penutup Festival Konvokesyen (FESTKON) 21 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menarik kehadiran ribuan pengunjung sepanjang tujuh hari penganjurannya.
Majlis di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, turut disempurnakan Raja Puan Muda Perlis Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan baginda berdua yang masing-masing Canselor dan Pro Canselor UniMAP disambut Naib Canselor, Zaliman Sauli, serta barisan pengurusan tertinggi universiti.








