Bomba berjaya mengeluarkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dari bawah sebuah pokok tumbang namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tersepit bawah pokok tumbang di Selayang, petang tadi.

Bomba menemukan lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah sebuah pokok tumbang, selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.19 petang tadi. Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2:35 petang.

Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian lelaki itu, dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut bomba, sebatang pokok tumbang menghempap sebuah motosikal yang ditunggang lelaki itu, dan sebuah lori, dalam kejadian di Setia Eco Templer.