Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, Hospital Kapar dijangka beroperasi dengan kapasiti 312 katil, rangkumi 17 bidang kepakaran, termasuk fasiliti khas penyakit berjangkit.KLANG: Hospital Kapar dijangka mula beroperasi secara berfasa seawal Jun tahun depan, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memantau rapat kemajuan pembinaan hospital itu sebagai langkah jangka panjang menyuraikan kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Beliau berkata, Hospital Berpakar Major itu bakal beroperasi dengan kapasiti 312 katil selain turut merangkumi 17 bidang kepakaran, termasuk fasiliti khas penyakit berjangkit.

"Setakat 20 Okt lepas, kemajuan fizikal projek Hospital Kapar itu berada pada tahap 96.26%, manakala kemajuan kewangan mencapai 85.07%. Pembangunan projek itu berjalan mengikut jadual ditetapkan dengan sifar kelewatan dan dijangka mula beroperasi seawal Jun 2027 secara berfasa.