Pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman berbesar hati menerima kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis Emmanuel Macron. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman menyangkal dakwaan berlaku tindakan tidak menghormati agama susulan kunjungan mengejut Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis Emmanuel Macron semalam.
Pengerusi kuil, R Nadarajah, menjelaskan Anwar dan Macron serta rombongan mereka hanya berada di kawasan beranda hadapan di bawah 'rajagopuram' (menara pintu masuk utama) dan tidak memasuki dewan sembahyang utama atau 'sannidhanam' (ruang suci bahagian dalam) di mana pemakaian kasut adalah dilarang sama sekali.
"Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki ruang suci bahagian dalam dengan memakai kasut. Mereka hanya melangkah masuk ke kawasan beranda luar semasa melalui tempat itu," katanya.






