Kota Bharu: Kawasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian malam tadi diterangi dengan lampu berwarna hijau, tanda berlangsungnya pembedahan derma organ.

Ia juga melambangkan sokongan dan penghargaan terhadap usaha pendermaan organ.

Terdahulu, tular di media sosial mengatakan pembedahan derma organ itu membabitkan Allahyarham Muhammad Ajdil Ahmad Zupardi yang berusia 23 tahun.

"Dimaklumkan bahawa seorang pesakit lelaki berusia 23 tahun terbabit dalam satu kemalangan dan disahkan mengalami kematian otak.