PETALING JAYA: Kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 menggesa kerajaan melihat aspek keselamatan sekolah melangkaui pengawal keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan prosedur tatatertib.
Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata walaupun langkah itu perlu namun ia tidak menangani punca utama keganasan yang dilakukan pelajar.
“Kita mesti memahami punca asasnya. Anak-anak kita membesar dalam persekitaran yang semakin penuh tekanan,” katanya.
“Kanak-kanak juga lebih mudah terdedah kepada keganasan dalam talian, menerusi hiburan dan media sosial.”






