NEW YORK: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menggesa orang ramai mengambil tindakan sendiri selepas ikan penceroboh dari Asia yang mampu bergerak di atas daratan dikesan semakin meluas ke negeri-negeri baharu.
Ikan northern snakehead atau haruan merupakan pemangsa agresif yang dikenali kerana keupayaannya bernafas di udara dan bertahan hidup di luar air selama beberapa hari.
Sejak pertama kali dikesan pada 2022, spesies itu telah dijumpai di kawasan Atlantik Tengah dan Pantai Timur, sebelum pegawai di Missouri mengesahkan penemuan julung kali di negeri berkenaan baru-baru ini. Pegawai Jabatan Pemuliharaan Missouri (MDC) menangkap seekor ikan tersebut di daerah Oregon County selepas ia disyaki merebak dari negeri jiran, Arkansas.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)
