NUWAKOT: Nepal berdepan tugas getir lagi memilukan untuk mengenal pasti mangsa banjir besar di Himalaya selepas kemusnahan dahsyat akibat arus deras seperti tsunami yang membawa bongkah ais dan serpihan.

Bencana susulan runtuhan glasier dan batu di sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lalu menyebabkan proses mengenal pasti mangsa dan cebisan mangsa menjadi tugas amat besar.

Dengan ribuan profil asid deoksiribonukleik (DNA) perlu diproses, jasad tidak lengkap serta kekangan keupayaan teknikal dan tenaga kerja, pakar memberi amaran bahawa proses memadankan jasad dengan keluarga mangsa mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Pihak berkuasa bencana Nepal sudah menemukan 1,454 jasad, namun kira-kira satu pertiga daripadanya hanya tinggal cebisan tubuh.