firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penaung Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK), Datuk Zuraidi Rahim dikhabarkan antara nama yang bakal mencuba nasib untuk merebut jawatan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam pemilihan akan datang.

Walaupun setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai pencalonan itu, perkembangan berkenaan mula menjadi perhatian dalam kalangan pemerhati bola sepak Kedah, khususnya selepas beberapa gerakan pembangunan bola sepak akar umbi yang digerakkan Zuraidi sejak kebelakangan ini.

Zuraidi sebelum ini aktif menerusi PBMK dalam usaha menghidupkan semula ekosistem bola sepak negeri termasuk penganjuran Liga Kedah 2026 Piala DZR yang menghimpunkan 16 pasukan dari seluruh Kedah.