ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua beradik kembar, Ammar Haziq Fazil dan Ammar Shafiq Fazil, bakal menjadi sandaran Kelab Sepak Takraw Naga Rimba untuk mencipta sensasi pada Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Tengah-Selatan yang bakal bermula Jumaat ini.

Berusia 14 tahun, Ammar Haziq yang beraksi sebagai pengumpan akan bergandingan dengan kembarnya, Ammar Shafiq di posisi perejam dalam regu berpangkalan di Wangsa Maju itu.

Daftarkan regu bagi Zon Tengah-Selatan di https://forms.gle/jArxA3gGSeKd18aV9

Pengurus Naga Rimba, yang juga bapa mereka, Fazil Md Noor berkata, kedua-dua anaknya itu sudah dididik bermain sepak takraw sejak kecil dan kini berpeluang menguji kemampuan dalam kejohanan yang menghimpunkan pemain bawah 16 tahun dari seluruh negara.