Menurut sumber, anggota penguat kuasa bertindak ketika juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kru wanita sedang membuat persiapan untuk penerbangan dari Subang ke Manila.

PETALING JAYA: Seorang juruterbang yang juga pemilik syarikat mengendalikan sebuah pesawat dikaitkan dengan rampasan 521kg methamphetamine di Laos antara empat individu yang ditahan di sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini.

Mereka ditahan dalam satu operasi sebelum sebuah lagi pesawat dijadualkan berlepas dari Subang ke Manila, lapor Berita Harian.

Sumber berkata anggota penguat kuasa bertindak ketika juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kru wanita sedang membuat persiapan untuk penerbangan tersebut.