BUENOS AIRES: Belum sampai 24 jam selepas mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa, Lionel Messi mengakui sudah mula rindu jersi Argentina.

Pemenang lapan kali Ballon d'Or itu menutup tirai karier bersama skuad kebangsaan dengan menjaringkan penalti ketika Argentina menewaskan Benin 3-0 dalam aksi terakhirnya di Buenos Aires, semalam.

Messi, 39, sebelum ini menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai 'hari paling menyedihkan dalam kariernya', namun mengakui dirinya tetap yakin dengan keputusan untuk mengakhiri perjalanan bersama pasukan kebangsaan.

"Semalam adalah perlawanan terakhir saya dan saya sudah mula merindui jersi biru muda dan putih itu.

"Saya tahu saya membuat keputusan yang tepat," kata Messi menerusi media sosialnya.