KUALA LUMPUR: Polis menahan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kerana berterusan mengekori konvoi polis pengiring walaupun sudah diberi amaran, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) menghala Klang.

"SUV jenis Honda CR-V dipandu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun itu mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.

"Seorang anggota polis bertugas sebagai juruiring dalam konvoi itu memberi amaran kepada pemandu SUV terbabit supaya tidak mengekori konvoi berkenaan.