KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan penahanan seorang juruterbang Malaysia berumur 49 tahun yang memiliki syarikat yang dikaitkan dengan pesawat peribadi yang terbabit dalam cubaan menyeludup lebih setengah tan methamphetamine kristal dari Laos ke Filipina.
Penahanan terkini ini menjadikan jumlah juruterbang Malaysia yang ditahan berkaitan penyeludupan dadah kepada empat orang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan lelaki itu dalam makluman kepada New Straits Times pagi ini.
Beliau berkata, jabatan itu sedang menyediakan kenyataan rasmi mengenai perkara ini, yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
LEBIH LANJUT MENYUSUL









