Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa pengundi Melaka mengembalikan pentadbiran kepada Pakatan Harapan dan beliau yakin gabungan itu mampu membentuk kerajaan negeri jika memperoleh lebih 15 kerusi DUN. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu mahu pengundi Melaka mengambil iktibar daripada kemelut politik di Negeri Sembilan, sambil menggesa mereka mengembalikan pentadbiran negeri kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRN akan datang.

Menurutnya, perebutan kuasa yang berlaku di tengah penggal hanya menyebabkan ketidakstabilan politik yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

"Biarlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu sebagai satu pengajaran. Di Melaka ini tolong kembalikan pemerintahan kepada PH,” katanya dalam ceramah Skandal Tabung Haji: Siapa khianat orang Melayu Islam yang diadakan di Melaka, malam tadi.