sukan@hmetro.com.my

Gifu: Penyerang skuad hoki lelaki negara, Azrai Aizad Abu Kamal berharap dapat mengulangi magisnya apabila Malaysia berdepan juara bertahan, India pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Gifu, esok.

Azrai muncul wira Speedy Tigers apabila meledak dua gol untuk membantu Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 pada aksi separuh akhir, semalam, sekali gus mengesahkan tempat ke final.

Azrai meletakkan Malaysia di depan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-40 sebelum Korea menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi gol padang Lee Gangsan.

Penyerang itu kemudian memastikan kemenangan milik Malaysia apabila tenang menyempurnakan penalti strok pada minit ke-45.