sukan@hmetro.com.my

Nagoya: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom menempah tiket ke separuh akhir acara keirin lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya hari ini.

Azizulhasni mengesahkan kemaraan selepas menamatkan saringan pusingan pertama di tempat kedua di belakang pelumba China, Xie Han, di Velodrom Izu, Shizuoka.

Shah Firdaus turut meraih tempat kedua dalam saringan masing-masing di belakang wakil Hong Kong, To Cheuk Hei.

Hanya dua pelumba teratas daripada setiap saringan pusingan pertama layak secara automatik ke separuh akhir.