SUBANG JAYA: Eco Business Park VII (EBP VII), hab perindustrian bersepadu generasi baharu milik EcoWorld di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), menganjurkan forum Business Ascend buat kali kedua bagi membantu syarikat mengenal pasti peluang dan merancang pertumbuhan perniagaan seterusnya.

Forum EcoWorld Connects: Business Ascend Forum yang berlangsung di EX8 itu bertemakan ‘The Next Leap’ dan menghimpunkan pemimpin tiga syarikat tempatan, iaitu Colony, Aerodyne dan Santan.

Ia bertujuan bagi berkongsi pengalaman mengembangkan perniagaan serta persediaan menghadapi fasa pertumbuhan baharu, sekali gus menandakan pembukaan pendaftaran bagi fasa kedua SME Core selepas fasa pertama mendapat sambutan penuh.