PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar bagi geran rukun tetangga daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun bagi setiap kawasan yang berdaftar dan aktif di seluruh negara.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen hari ini.
“Justeru ini bagi membolehkan lebih banyak aktiviti perpaduan, kemasyarakatan dan integrasi nasional dilaksanakan di peringkat komuniti yang berbilang kaum dan agama,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Geran rukun tetangga dinaikkan RM10,000 setahun appeared first on Kosmo Online.









