KUALA LUMPUR: Malaysia dan China sepakat untuk menyambung laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga Rantau Panjang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Fasa 1 ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka mula beroperasi Disember ini.
Bagi memudahkan pergerakan penduduk Kelantan, sebuah stesen bas akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu.
Kerajaan turut menyediakan RM270 juta bagi menambah baik perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama, termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL.








