Penyanyi yang semakin meningkat naik, Hadie Elfardie, mengakui bimbang dengan penerimaan pendengar terhadap single sulungnya, Dusta Sebuah Cinta.
Sebagai penyanyi baharu, Hadie berharap diberi peluang untuk membuktikan kebolehannya, namun bersedia bekerja lebih keras sekiranya percubaan pertamanya itu belum mendapat sambutan yang diharapkan.
Menurut bekas peserta program Talk To My Manager musim pertama itu, kurang keyakinan pada peringkat awal menyebabkan dia mengambil masa sehingga lima bulan untuk mencari penghayatan yang sesuai sebelum merakamkan lagu berkenaan.
“Pada awalnya, antara cabaran saya adalah memerlukan masa yang agak lama untuk mencari penghayatan sebelum merakamkan lagu ini.









