KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperluas pelepasan cukai individu antaranya merangkumi pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia selepas pihaknya mendapati ramai cenderung meminati haiwan peliharaan seperti kucing.

"Ramai minat kucing, ada yang minat kupu-kupu, ada juga minat ular.

"Semua itu terangkum dalam cadangan kita," kata ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.