CEO SIC Azhan Shafriman Hanif berkata, kejayaan penganjuran F1 GP Bahrain hujung minggu lepas buktikan pentingnya kerjasama erat antara semua pihak, selain komitmen tinggi pasukan penganjur dalam memastikan acara berjalan lancar. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Penghargaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap kejayaan penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lepas menjadi suntikan semangat kepada SIC untuk terus mengharumkan nama negara menerusi penganjuran acara sukan permotoran bertaraf dunia.
Ketika mengumumkan Belanjawan 2027 hari ini, Anwar menyifatkan kejayaan penganjuran perlumbaan berprestij itu sebagai bukti bahawa semangat perpaduan dan kerjasama erat rakyat berbilang kaum merupakan kekuatan utama negara dalam mencapai kecemerlangan di pentas antarabangsa.






