KUALA LUMPUR: Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi tiket filem tempatan di Wilayah Persekutuan tidak akan menyebabkan harga tiket wayang diturunkan, sebaliknya memberi peluang kepada penerbit menikmati pulangan lebih tinggi menerusi kutipan jualan tiket.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata langkah yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 itu berpotensi merancakkan pertumbuhan industri perfileman tempatan, selain memperkukuh kedudukan ekonomi kreatif negara.
Beliau berkata, pengecualian berkenaan membolehkan penerbit memperoleh manfaat lebih besar daripada kutipan tiket, sekali gus membantu kelangsungan penghasilan filem tempatan.









