zahratulhayat@nst.com.my

Ipoh: Seorang suri rumah berusia 49 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu, di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Chew Loong Thye, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Ching Lai Kheng, 70, di sebuah rumah di Taman Wang, Menglembu, di sini, antara jam 7.15 hingga 7.30 malam, 27 September lalu.